Home


Friday, April 5, 2013

Raket Oren 10% Diskaun





Jadi pada awal minggu ini aku adalah ke MetroPlaza Kajang sejurus lepas kelas, dalam jam 12 tengahari gitu,
Niat ke sana untuk membeli raket squash.
maklumlah baru-baru nie aku terjebak dalam bermain squash
hujan je selalu jadi tak dapat keluar main bola keranjang sama Din et al.
Jadi jumpa hobi baru lah nie.

Aku dan Zahir je yang nak beli, yang lain tak ada bajet.
aku pulak ada bajet sebab bodek abah suruh bagi duit beli kasut tukar untuk beli raket nie

Sampai kat sana, ada dua raket jer yang menarik perhatian aku dan zahir
satu merah dan satu oren.
harga yang merah jauh lagi murah dari yang oren sebab ada 30% diskaun, manakala yang kuning hanya 10%
meskipun harga asalnya sama.

masalah yang timbul kiotrang dua-dua nak yang 30% tapi cuma ada satu je tinggal
dan Zahir dah memang bekenan dengan yang itu dulu sebab dia sudah 'survey' kedai ni dulu
maka tinggallah aku dilema sama ada nak beli raket oren ni atau tidak
lama jugak lah bediri tengok raket tu sahaja
(ada dekat 30 minit agaknya)

Hah! Ini lah Zahir

Zahir banyak kali juga lah tanya samada aku nak beli ke tak, sebab kalau aku tak beli kebarangkalian dia pun tak nak beli. 


Disebabkan jam 2 ada makmal, aku kira tak ada masa nak fikir lama-lama, tambahan aku Din dengan Zahir masing-masing lapar, belum makan dari pagi.


Akhirnya, aku beli juga raket oren yang cuma ada 10% diskaun.
dekat RM150 hilang. Maka maksudnya aku makan maggi saja lah nanti...



Paling best, petang tu terus main, mungkin sebab raket baru aku jadi semangat, dan pertama kali aku dapat kalahkan Zahir( tapi aku rasa beliau bagi peluang je tu, tak main betul-betul pun)
Malangnya itu sekali je lah menang, esok dan hari-hari seterusnya kalah teruk aku. hmmm



No comments: