Home


Thursday, September 27, 2012

Penghakiman Saksama

Pernah dengar cerita pencuri bau?

Ini merupakan cerita teladan yang sangat bagus. Aku dengar tatkala aku masih menuntut ilmu dekat Tun Ghafar Baba.

Cerita ini mengisahkan tentang ketamakan manusia serta bagaimana ilmu dapat memberi kesaksamaan serta keamanan.

Cerita ini bermula dengan seorang saudara yang kaya serta bangsawan bertemu dengan seorang ilmuan. Beliau ini datang dengan perasaan marah membuak-buak sambil mengheret seorang lelaki yang kelihatan kurus serta berbaju compang camping serta berkaki ayam. Sesungguhnya bangsawan itu mengheret seorang fakir. 

"Fakir ini telah mencuri dari aku!!" ujar bangsawan tersebut kepada ilmuan itu.

"sabar wahai saudara, biar aku bercakap dengan fakir ini dahulu" jawab sang ilmuan dengan lembut.

"usah betoleransi sama pencuri ini. Hukum saja si anu ini!" gertak sang bangsawan lagi.

"apa-apa pun biar aku soal selidik situasi ini dahulu" jawab sang ilmuan kembali. lantas beliau terus membawa si fakir ke kawaasan yang jauh dari si bangsawan.

Si fakir kelihatan kepenatan akibat diheret oleh bangsawan. Si fakir tidak kelihatan seperti seorang pencuri dari pandangan sang ilmuan.

"ceritakan pada aku apakah yang berlaku dan mengapa kau dituduh mencuri?" soal sang ilmuan.

"aku hanya mencuri bau sahaja" jawab fakir tersebut.

Sang ilmuan tersebut pelik akan jawapan si fakir. Meskipun begitu sang ilmuan mendengar aduan si fakir dengan teliti. Rupa-rupanya, si fakir sedang kelaparan. Kebetulan si fakir ini berjalan melalui jalan belakang yang berhampiran dengan rumah bangsawan ini. Disitu juga hiding si fakir terhidu aroma harum makanan yang dimasak di rumah bangsawan tersebut. Tanpa disedari si fakir telah berada dihadapan tingkap rumah tersebut. Si fakir menikmati sepuas-puasnya bau harum makanan tersebut. Tiba-tiba sang bangsawan masuk lalu belari kearah fakir serta menjerit "Pencuri!".


Selesai mendengar cerita si fakir, sang ilmuan itu terus bertemu semula dengan sang bangsawan.

"memang benar kata kau. Si fakir ini telah mencuri dari kau. jadi apakah hukuman yang kau mahu pada si fakir ini?"

si fakir terkejut mendengar kata-kata sang ilmuan itu.

"aku mahu si fakir itu mebayar aku wang sebagai ganti" jawab si bangsawan tamak.

"baiklah. temui kami esok pagi disini" jawab sang ilmuan semula.

si fakir terus belari ke arah sang ilmuan sejurus selepas sang bangsawan pulang. 

"wahai saudara, sesungguhnya aku tidak punyai wang. bagaimana aku hendak membayar kepada beliau esok?" soal si fakir dengan nada risau.

"usah bimbang aku akan meminjamkan kau wang aku nanti" jawab sang ilmuan.

Pada keesokan harinya, datang sang bangsawan ingin menuntut wangnya. 

"manakah wang aku wahai sang ilmuan?" gertak sang bangsawan.

"ada disini dalam beg kain di tanganku" jawab sang ilmuan.

"berikan pada aku hak milik aku!" ujar sang bangsawan itu lagi.

sang ilmuan terus mengoncangkan beg kain berisi wang itu. lantas kedengaran bunyi wang yang bergesiran.

KACHING! KACHING! KACHING! 

sang bangsawan hairan kenapa sang ilmuan tidak memberikan wang itu tetapi hanya mengoncangkan sahaja.

"hak milik kau telah pun kau dapat" ujar sang ilmuan. bertambah hairan sang bangsawan itu.

"si fakir ini hanya mencuri bau dari kau maka si fakir juga akan membayar bayaran yang saksama dengan apa dia curi, jadi kau hanya akan dapat mendengar bunyi duit ini" jawab sang ilmuan.

bangsawan terus berang lalu meninggalkan kawasan itu. Malu akan apa telah terjadi. Si fakir terpegun dengan kebijakan sang ilmuan lalu beterima kasih pada sang ilmuan itu.


begitulah cerita nya, panjang sedikit, sbb mungkin aku telah exaggerate bagi membuatkn cerita lg menarik. pengajaran yang ada dalam cerita ini adalah kepentingan ilmu serta kepentingan untuk sentiasa berlaku adil dan saksama. Tak lupa juga utk nasihatkan kalian supaya jangan tamak. :D


No comments: