Home


Thursday, September 27, 2012

Penghakiman Saksama

Pernah dengar cerita pencuri bau?

Ini merupakan cerita teladan yang sangat bagus. Aku dengar tatkala aku masih menuntut ilmu dekat Tun Ghafar Baba.

Cerita ini mengisahkan tentang ketamakan manusia serta bagaimana ilmu dapat memberi kesaksamaan serta keamanan.

Cerita ini bermula dengan seorang saudara yang kaya serta bangsawan bertemu dengan seorang ilmuan. Beliau ini datang dengan perasaan marah membuak-buak sambil mengheret seorang lelaki yang kelihatan kurus serta berbaju compang camping serta berkaki ayam. Sesungguhnya bangsawan itu mengheret seorang fakir. 

"Fakir ini telah mencuri dari aku!!" ujar bangsawan tersebut kepada ilmuan itu.

"sabar wahai saudara, biar aku bercakap dengan fakir ini dahulu" jawab sang ilmuan dengan lembut.

"usah betoleransi sama pencuri ini. Hukum saja si anu ini!" gertak sang bangsawan lagi.

"apa-apa pun biar aku soal selidik situasi ini dahulu" jawab sang ilmuan kembali. lantas beliau terus membawa si fakir ke kawaasan yang jauh dari si bangsawan.

Si fakir kelihatan kepenatan akibat diheret oleh bangsawan. Si fakir tidak kelihatan seperti seorang pencuri dari pandangan sang ilmuan.

"ceritakan pada aku apakah yang berlaku dan mengapa kau dituduh mencuri?" soal sang ilmuan.

"aku hanya mencuri bau sahaja" jawab fakir tersebut.

Sang ilmuan tersebut pelik akan jawapan si fakir. Meskipun begitu sang ilmuan mendengar aduan si fakir dengan teliti. Rupa-rupanya, si fakir sedang kelaparan. Kebetulan si fakir ini berjalan melalui jalan belakang yang berhampiran dengan rumah bangsawan ini. Disitu juga hiding si fakir terhidu aroma harum makanan yang dimasak di rumah bangsawan tersebut. Tanpa disedari si fakir telah berada dihadapan tingkap rumah tersebut. Si fakir menikmati sepuas-puasnya bau harum makanan tersebut. Tiba-tiba sang bangsawan masuk lalu belari kearah fakir serta menjerit "Pencuri!".


Selesai mendengar cerita si fakir, sang ilmuan itu terus bertemu semula dengan sang bangsawan.

"memang benar kata kau. Si fakir ini telah mencuri dari kau. jadi apakah hukuman yang kau mahu pada si fakir ini?"

si fakir terkejut mendengar kata-kata sang ilmuan itu.

"aku mahu si fakir itu mebayar aku wang sebagai ganti" jawab si bangsawan tamak.

"baiklah. temui kami esok pagi disini" jawab sang ilmuan semula.

si fakir terus belari ke arah sang ilmuan sejurus selepas sang bangsawan pulang. 

"wahai saudara, sesungguhnya aku tidak punyai wang. bagaimana aku hendak membayar kepada beliau esok?" soal si fakir dengan nada risau.

"usah bimbang aku akan meminjamkan kau wang aku nanti" jawab sang ilmuan.

Pada keesokan harinya, datang sang bangsawan ingin menuntut wangnya. 

"manakah wang aku wahai sang ilmuan?" gertak sang bangsawan.

"ada disini dalam beg kain di tanganku" jawab sang ilmuan.

"berikan pada aku hak milik aku!" ujar sang bangsawan itu lagi.

sang ilmuan terus mengoncangkan beg kain berisi wang itu. lantas kedengaran bunyi wang yang bergesiran.

KACHING! KACHING! KACHING! 

sang bangsawan hairan kenapa sang ilmuan tidak memberikan wang itu tetapi hanya mengoncangkan sahaja.

"hak milik kau telah pun kau dapat" ujar sang ilmuan. bertambah hairan sang bangsawan itu.

"si fakir ini hanya mencuri bau dari kau maka si fakir juga akan membayar bayaran yang saksama dengan apa dia curi, jadi kau hanya akan dapat mendengar bunyi duit ini" jawab sang ilmuan.

bangsawan terus berang lalu meninggalkan kawasan itu. Malu akan apa telah terjadi. Si fakir terpegun dengan kebijakan sang ilmuan lalu beterima kasih pada sang ilmuan itu.


begitulah cerita nya, panjang sedikit, sbb mungkin aku telah exaggerate bagi membuatkn cerita lg menarik. pengajaran yang ada dalam cerita ini adalah kepentingan ilmu serta kepentingan untuk sentiasa berlaku adil dan saksama. Tak lupa juga utk nasihatkan kalian supaya jangan tamak. :D


Coloured skinned wool

I am the eldest son. 

so people would think of me as the role model for my siblings

the good example in the family

But I think otherwise

I am the black sheep of my family from this day forth.

Wednesday, September 26, 2012

Intentionally Untittled

I always keep telling myself that I have no problems at all. not major problems I mean.
but the truth of it is that is not true, everyday I feel being suppressed by my own family.
I don't really share my problems with my family. and I don't own any friends to share my problems with but I used to always know what to do when I'm mad or sad. well now I just don't know what I am suppose to do. I am messed up.
I really wish nenek was still alive. She may not know what my problems are and I would never told her any of them but her presence was always so soothing for me.

Tuesday, September 25, 2012

This is what I really feels.

Yes! I may smile most of the time. I may make people laugh by making myself look like a clown. However I also have problems with my family. My biggest problem is I don't have the attention I want when I was young. So I end up being this happy boy on the outside but a twisted retarded fuck in the inside. 
What do I care about the world anymore. The world is already dead to me as long as I ever know. What else are there for me. All had been taken away. So take my soul with it also.

and yes! I am a sick bastard!

Dunia pudar dari cahaya

masa aku masuk degree aku kene tunggu masuk 3rd year baru aku ada kenderaan sendiri. selama dua tahun aku menumpang kawan, masa aku bersentap dgn kwn mmg aku berjalan kaki ler nak ke kelas. dah la kelas dengan blok jauh. sampai bilik pasti keletihan. Nak-nak lagi masuk 3rd year nie ha. dah lah kelas pagi petang memanjang, mana ada masa rehat. sibuk sahaja. aku besyukur abah belikan kereta. yelah mintak buat lesen motor dia tak bagi ni kan lg nak minta motor sebiji. aku ingat senang lah ada kereta tahun nie, tp tak kot. nnt masa nak hantar adik aku ke kuis mesti aku lambat ke kelas pagi punya. lepas tu dia mintak amik la konon nak balik rumah study. jadi aku amik lah. lepas kene jadi kuli dia lah ahantar sana ke mari. ada masa dia pulak nak guna kereta. dah dpt kereta mmg tak nak lepas. aku byk kali cuba pujuk abah belikan kenderaan utk aku. ini baru dpt, tp last aku rasa kereta tu adik aku punya pulak. semua benda pun adik2 aku jer yg dpt. aku apa dpt, sakit hati adalah. sumpah aku sem nie mmg sibuk, kene buat kerja ydp lg, thesis lagi, studies lg, kelas lg. penat doe. adik aku mana tahu semua tu. tahu pasal 'Life' mereka jer. aku time matrik takder pun semua nie. adik aku tu baru diploma da nak guna kereta bagai. bukan nya dia boleh bawak masuk kereta dlm kolej pun. kalau kereta tu kene pecah kene curi apa nak buat? 

aku penat kot nak jadi underdog nie. nak kene jadi budak baik. nak kene beralah dgn adik2 all the time. aku ada kehidupan aku sendiri. aku ada keperluan aku sendiri. hari tu aku sanggup lepaskan peluang ke mesir, tipu abah kata tak minat nak belajar jauh2 semata2 nak suruh abah tumpukan duit pada adik nak masuk Uni swasta, sekarang kene buat lg.

dah la aku penat doe kalau ada adik2 mcm nie. kau amik lah semua yang ada. amik lah semua harta ibu abah. aku dah tak kisah dah. aku dah tak kuasa nak ambil tahu. aku tekad. suatu hari nnt aku akan duduk jauh. jauh dari org yg aku kenali. ada masa aku juga tak mahu hidup dlm dunia sebegini. leceh. penuh korupsi dan benda keji. Dunia ini hitam. semua cahaya sudah pudar bagi aku.