Home


Thursday, February 23, 2012

Makan Sarapan Weyh!

Semua orang sedia maklum betapa pentingnya sarapan pagi bukan sebelum buat apa-apa aktiviti, pada mulanya aku fikir sarapan ini penting sebab memang pentinglah konon dari aspek kesihatan dan bagai
tapi pada hari ini aku lebih memahami mengapa sarapan itu penting, 


untuk elak MALU dalam kelas atau tempat kerja woi!


haaa...mesti korang pelik baboon ni kan kenapa. nak tahu sebabnya? ini lah aku nak cerita






Untuk sem kali nie memang tak dapat elak lah kan, semua kelas aku start pagi-pagi buta, jam lapan dan mula kelas, yakni bermaksud sebelum jam 8 dah kene bangun dan bersiap la,
sebab dah biasa bangun lambat, justeru makan sarapan waktu makan tengahari jadi aku tak makan dan terus begegas ke kelas,




awal-awal belum hilang lagi mood cuti nie, so the face

anda pun sudah pasti alami masalah begini kalau tak sarapan jugakan, perut ada la bunyi sikit-sikit, tapi untuk aku kali ni memang malang lah, tahu-tahu la, mana nak kawal kalau perut nak berbunyi, tahan kentut boleh lagi, tahan perut nak menyanyi tak dapatkah, jadi dalam kelas perut aku bekeroncong sangatlah kuat benar!


"GRUUUUU~" jerit perut protest lapar!




Sumpah kuat, satu baris aku dengar, nasib yang duduk sama aku kawan kawan aku, kalau awek duduk sebelah kan dah mampus aku, tak laku seumur hidup karang.
tapi malu sungguh aku walupun dengan kawan-kawan, dah macam ada naga dalam perut aku weyh!

please kill me now~



itu lah, lain kali jangan ambil ringan pasal sarapan sangat penting kot, it's the meal of the day, kalau dah sarapan tak makan tengahari pun hidup lagi kot, tak sarapan nanti jadi lah macam aku, face palm muka sendiri jer woi~



2 comments:

505 said...

bukan stakat row saudara je yang bunyi naga mengamuk dalam perut. every row at least one person.

Hafiy Halim said...

ah malu nya. haha