Home


Friday, December 30, 2011

Untitled

tadi waktu solat jumaat aku ada terfikir.
terimbau kisah lama di dalam otak


aku teringat bahawa aku pernah berdoa kepada Allah supaya dikurniakan aku seorang teman 
seorang teman untuk menemani aku sewaktu susah
untuk bersama-sama tatkala waktu gembira


seorang teman yang memahami diri


aku pinta untuk seorang, tapi dalam beberapa tahun aku di kurnia kan dengan ramai sahabat
setiap mereka ada peranan penting dalam hidup aku
setiap mereka bererti bagi aku,


tapi, aku masih tamak, aku masih mahu seorang teman yang betul-betul aku buleh luahkan segala isi hati,
seorang teman yang akan berkongsi masalah beliau sama aku


aku pernah juga pinta untuk Tuhan kekalkan persahabatan aku dengan sahabat-sahabat
tetapi ada juga yang tidak dikurniakan.
tahun lepas seorang kawan aku dari zaman sekolah hilangkan diri
heh! beliau marah aku berkawan sama kekasihnya, sedangkan aku kenal kekasih dia sebelum aku kenal dia
mungkin itu salah aku, aku saja mahu beri hadiah hari lahir beliau melalui kekasih beliau
apakan daya, dia salah sangka mungkin dan fikir aku cuba dekatkan diri sama kekasihnya
maaf lah, saya bukan orang jenis itu
akhir cerita, aku pula terima padah.


tak apa, kalau itu dia mahu, itu yang akan aku buat.


barangkali semua ni memang salah aku
jujur aku kata, aku mungkin seorang yang bising tetapi aku tidak pandai bergaul sama orang
pernah ada kawan aku cakap aku ni bias, memilih
waktu dengan orang lain aku banyak saja cakap, tapi dengan dia aku sering diam
tapi kawan aku tak tahu, selalu dengan orang lain pun aku diam juga bila aku tak tahu macam mana nak bergaul
bahawa aku selalu jalan paling belakang sekali sementara kawan yang lain bersembang
tapi kawan aku lupa, dia pun kurang bercakap sama aku
barangkali sebab aku memang membosankan. haha itu hakikat


bila fikir balik, aku sedar aku ni bukan nya penting sangat buat sesiapa dalam dunia ni
aku ni jenis orang yang orang akan kenal waktu itu sahaja, tapi akan lupa keesokan harinya
aku sedar tu
dan aku tak menolak hakikat itu
pada keluarga sahaja aku mungkin ada makna
tapi pada orang lain aku mungkin sekadar kenalan atau orang asing
aku nampak semua tu, tapi ada masa aku cuma mahu rasa di terima.


asyik bermain dalam otak aku,
pada orang lain, pada kawan-kawan aku, aku ni siapa?
apa aku buat mesti ada salah, mungkin aku memang tak pandai berkawan 
cuma simpan anggan-anggan semata-mata


banyak kali aku fikir, untuk melangkah pergi
aku fikir bahawa kalau aku pergi pekara mungkin akan jadi lebih baik untuk kawan-kawan aku


aku memang ada banyak kawan, benar!
setiap fasa hidup aku akan aku kenal ramai orang
tapi mereka tidak kenal aku.




aku tak tahu kenapa aku merepek macam ini
ya! mungkin aku kurang siuman dan bodoh
tapi sejak beberapa hari asyik ini bermain dalam fikiran aku
asyik ini sahaja yang aku ingat pada malam hari tatkala aku tidak dapat tidur




mungkin kau dengan aku tak patut berkenalan.





2 comments:

505 said...

*a pat on your back*

IfIFa_fiF said...

salam..hafiy.. sedih bila sya bca post awk kali nih.. lagi2x ayat ni

"banyak kali aku fikir, untuk melangkah pergi
aku fikir bahawa kalau aku pergi pekara mungkin akan jadi lebih baik untuk kawan-kawan aku"

itulah yg dulu selalu bermain kat kpala sya.. tpi dengan fmily..tpi sekarang alhamdulillah bendi makin luput dek ingatan..ummm..sabar ye..mugkin ada hikmahnya hafiy di uji seperti ini..kawan mmg ramai..tpi sahabat susah kita nak cri..yg dapat susah senang sama2x..

mmg perasaan nak menyendiri mmg ada..taknak susahkan membe keliling.. tpi kt dunia ni kita perlukan sahabat..

sabar ye hafiy..moga doamu di dengari Allah..ingat satu je..bila hafiy rasa sunyi dan sedih bila bende ni berlaku..Allah ada dgn hafiy..Hafiy bukan sorang2x..Allah teman fiy sepnjg masa .. jadi hafiy xmau sedih2x, anggap ini ujian dri Dia untuk buat fiy lagi kuat ok ^_^

sori pnjg berjela komen..adios..
Assalamualaikum