Home


Tuesday, December 20, 2011

Bisu Dan Buta tapi tidak Pekak

Ye aku akan bisu, saya akan jadi buta sekiranya seseorang itu muncul di depan saya
bukan kerana ingin menyisihkan dirinya pada aku 
tetapi untuk menghilangkan diri sendiri kepada dia.
berapa lama sudah begini? dah lebih sebulan rasanya.

ada orang tanya pada aku " tak baik lagi ke? "
aku cuma senyum sahaja.

kenapa aku macam ini ye? itu ke yang kalian mahu tahu?
mudah tetapi rumit mahu terangkan,
aku buat begini sebab beliau yang mula asingkan diri,
justeru secara spontan dan automatik aku akur dengan apa yang dia mahu
sebab itu sampai sekarang begini.

semua aku buat semata-mata akur dengan apa yang dimahu dahulu.
jadi sebab itu aku diam apabila bersama beliau, hanya jawab bila ada pekara yang perlu
butakan penglihatan apabila beliau ada diberdekatan.
tetapi aku belum mampu tutup telinga, jadi apa yang berlaku sedikit sebanyak aku masih tahu walaupun tak seberapa jelas.

malangnya, aku ada kekesalan, tempiasnya kena pada rakan yang lain.
aku yang patutnya petah bercakap akan jadi pendiam.
bila sering ketawa aku hanya akan tersenyum.
bila ada upacara khas buat rakan aku cari alasan untuk larikan diri.
sentiasa mencari alasan untuk larikan diri.
lemah sungguh aku.

niat bukan nak sakitkan sesiapa, malah tak teringin nak susahkan sesiapa.
aku tak kisah kalau seorang diri sahaja tangguh sakit dan sebagainya tapi kalu buleh tak mahulah orang lain jadi mangsa.
jadi biar aku tangguh derita sahaja. kalian tak perlu fikir macam-macam.

senang cerita aku belum mampu jadi insan mahupun kawan yang baik lagi.
jauh sama sekali. sebab aku tampak lebih pentingkan diri sendiri.

No comments: