Home


Friday, December 30, 2011

hebat!

hahaha! Terkilan sungguh aku hari ini. Sungguh terkilan! Sedangkan aku juga antara kenalan pertama kau, tapi dalam beberapa tahun ini we both barely speak anything. Haha! Hebat! Sangat hebat! Hahaha. I can't stop laughing and asking why? Haha.

Even Facebook Aps is making Fun of me

Untitled

tadi waktu solat jumaat aku ada terfikir.
terimbau kisah lama di dalam otak


aku teringat bahawa aku pernah berdoa kepada Allah supaya dikurniakan aku seorang teman 
seorang teman untuk menemani aku sewaktu susah
untuk bersama-sama tatkala waktu gembira


seorang teman yang memahami diri


aku pinta untuk seorang, tapi dalam beberapa tahun aku di kurnia kan dengan ramai sahabat
setiap mereka ada peranan penting dalam hidup aku
setiap mereka bererti bagi aku,


tapi, aku masih tamak, aku masih mahu seorang teman yang betul-betul aku buleh luahkan segala isi hati,
seorang teman yang akan berkongsi masalah beliau sama aku


aku pernah juga pinta untuk Tuhan kekalkan persahabatan aku dengan sahabat-sahabat
tetapi ada juga yang tidak dikurniakan.
tahun lepas seorang kawan aku dari zaman sekolah hilangkan diri
heh! beliau marah aku berkawan sama kekasihnya, sedangkan aku kenal kekasih dia sebelum aku kenal dia
mungkin itu salah aku, aku saja mahu beri hadiah hari lahir beliau melalui kekasih beliau
apakan daya, dia salah sangka mungkin dan fikir aku cuba dekatkan diri sama kekasihnya
maaf lah, saya bukan orang jenis itu
akhir cerita, aku pula terima padah.


tak apa, kalau itu dia mahu, itu yang akan aku buat.


barangkali semua ni memang salah aku
jujur aku kata, aku mungkin seorang yang bising tetapi aku tidak pandai bergaul sama orang
pernah ada kawan aku cakap aku ni bias, memilih
waktu dengan orang lain aku banyak saja cakap, tapi dengan dia aku sering diam
tapi kawan aku tak tahu, selalu dengan orang lain pun aku diam juga bila aku tak tahu macam mana nak bergaul
bahawa aku selalu jalan paling belakang sekali sementara kawan yang lain bersembang
tapi kawan aku lupa, dia pun kurang bercakap sama aku
barangkali sebab aku memang membosankan. haha itu hakikat


bila fikir balik, aku sedar aku ni bukan nya penting sangat buat sesiapa dalam dunia ni
aku ni jenis orang yang orang akan kenal waktu itu sahaja, tapi akan lupa keesokan harinya
aku sedar tu
dan aku tak menolak hakikat itu
pada keluarga sahaja aku mungkin ada makna
tapi pada orang lain aku mungkin sekadar kenalan atau orang asing
aku nampak semua tu, tapi ada masa aku cuma mahu rasa di terima.


asyik bermain dalam otak aku,
pada orang lain, pada kawan-kawan aku, aku ni siapa?
apa aku buat mesti ada salah, mungkin aku memang tak pandai berkawan 
cuma simpan anggan-anggan semata-mata


banyak kali aku fikir, untuk melangkah pergi
aku fikir bahawa kalau aku pergi pekara mungkin akan jadi lebih baik untuk kawan-kawan aku


aku memang ada banyak kawan, benar!
setiap fasa hidup aku akan aku kenal ramai orang
tapi mereka tidak kenal aku.




aku tak tahu kenapa aku merepek macam ini
ya! mungkin aku kurang siuman dan bodoh
tapi sejak beberapa hari asyik ini bermain dalam fikiran aku
asyik ini sahaja yang aku ingat pada malam hari tatkala aku tidak dapat tidur




mungkin kau dengan aku tak patut berkenalan.





My question

If you were given the chance to go back in time to the time before we met


would you had wish you had not known me?

Tiru

"One question. One chance. One honest answer.

Before 2011 ends, you can ask me any ONE question and I'll answer it truthfully, no catch. 

ONLY one question and please do it inbox style. "




ada perasan kawan kawan anda buat begini pada facebook mereka?

aku ada perasan kawan aku buat, jadi aku ada tiru dan ikut ikut juga.

tapi maklumlah sebab aku tidaklah dikenali ramai dan diingati orang jadi tiada siapa yang tanya pada aku pun. haha. sedih la konon kan aku nie (abaikan sahaja aku)

tapi ceritanya aku perasan kawan aku buat,

jadi aku mahu tanya, tapi aku risau pula, lantas aku tidak jadi tanya.

sebelum ni aku pun da memang banyak menjengkelkan beliau, jadi aku tak mahu la buat begitu lagi.

sekian. penat ulang kaji sebenarnya nie.

tambahan bukan siapa pun nak baca blog buruk aku nie. haha

Pouring Rain Pour Down on me

there are times when I really need someone by my side

he or she does not have to say anything, but just be there by my side

but I never able to find one just yet.

so I stand in the pouring rain all alone

the rain never seem to stop

the sun never seem to come up

the rainbow never show up

Thursday, December 22, 2011

Sikit lagi

Sikit sahaja lagi


kemudian saya sudah buleh mula ulang kaji pelajaran


harap tak ada banyak halangan untuk ulang kaji 


final sudah dekat ni!

Wednesday, December 21, 2011

Last Birthday

I forgot to mention this,
During my last birthday when I reached 20 years old
I got celebrated after so long by my family including my auntie
I don't remember when the last time I got a cake to celebrate my birthday, but I'm sure it was long long time ago.
Usually people got one cake to celebrate their birthday, but that time was special because I received 3 cakes that time!


to be honest I am not the type to really care of my own birthday, but I have to admit it felt nice to have a candle sticking from a cake waiting for you to blow the fire out of it.
it is nice to feel appreciated and to feel you really exist now. 
and to add more of that I usually conceal my birthday from the people around me, so I usually avoid putting my birthday out in facebook blog or mostly anything if possible.


that is just how I am. haha. guess you can say I am a weird kid.


nevertheless I would like to thank everyone for wishing and celebrating my last birthday especially to my family and peeps. Thank You very much. I love all of you from the bottom of my heart and always will.


p/s: so far my birthdays fall the same day as the holidays, so my peeps usually didn't notice. hehe

Tuesday, December 20, 2011

Cold Cold Wind

When there is a fight between two friends, usually the effect fell to the near surrounding peeps
in this case, they sometimes need to choose sides even if they don't want to.




but nevertheless, the cool kid who always wins. So if you a geek like me, you better just give up. 






sejuk sungguh hari ini. tatkala ini hujan turun dan angin bertiup bawa bayu sejuk masuk ke kamar.

Adjusting




Since I am the one who choose to be this way,
I need to adjust myself to be familiar with being neglected and lied too
I'll take the baby steps until I can fully adjust 










Santapan Minda

untuk tatapan umum dan sebagai iktibar pada diri sendiri :


disebabkan aku sempat belajar sebelum peperiksaan Bakteriologi, alhamdulillah aku mampu mencapai B+




malangnya aku tidak belajar sebelum peperiksaan Imunologi, malah lupa waktu itu ada peperiksaan, lantas aku hanya dapat D




sekian.

Bisu Dan Buta tapi tidak Pekak

Ye aku akan bisu, saya akan jadi buta sekiranya seseorang itu muncul di depan saya
bukan kerana ingin menyisihkan dirinya pada aku 
tetapi untuk menghilangkan diri sendiri kepada dia.
berapa lama sudah begini? dah lebih sebulan rasanya.

ada orang tanya pada aku " tak baik lagi ke? "
aku cuma senyum sahaja.

kenapa aku macam ini ye? itu ke yang kalian mahu tahu?
mudah tetapi rumit mahu terangkan,
aku buat begini sebab beliau yang mula asingkan diri,
justeru secara spontan dan automatik aku akur dengan apa yang dia mahu
sebab itu sampai sekarang begini.

semua aku buat semata-mata akur dengan apa yang dimahu dahulu.
jadi sebab itu aku diam apabila bersama beliau, hanya jawab bila ada pekara yang perlu
butakan penglihatan apabila beliau ada diberdekatan.
tetapi aku belum mampu tutup telinga, jadi apa yang berlaku sedikit sebanyak aku masih tahu walaupun tak seberapa jelas.

malangnya, aku ada kekesalan, tempiasnya kena pada rakan yang lain.
aku yang patutnya petah bercakap akan jadi pendiam.
bila sering ketawa aku hanya akan tersenyum.
bila ada upacara khas buat rakan aku cari alasan untuk larikan diri.
sentiasa mencari alasan untuk larikan diri.
lemah sungguh aku.

niat bukan nak sakitkan sesiapa, malah tak teringin nak susahkan sesiapa.
aku tak kisah kalau seorang diri sahaja tangguh sakit dan sebagainya tapi kalu buleh tak mahulah orang lain jadi mangsa.
jadi biar aku tangguh derita sahaja. kalian tak perlu fikir macam-macam.

senang cerita aku belum mampu jadi insan mahupun kawan yang baik lagi.
jauh sama sekali. sebab aku tampak lebih pentingkan diri sendiri.

Wednesday, December 7, 2011

Malu

pernah tengok iklan seorang wanita tak bermaya tak?

perempuan itu letih dan bila nak tolak pintu tak dapat-dapat,
sekali ada lelaki datang tarik pintu itu.
malu perempuan itu tambahan lagi ada budak usha beliau.
iklan makanan kecerdasan itu



senang cerita aku pun jadi seperti wanita itu juga, punya penat tolak pintu makmal
sekali kene tarik, malu aku,
tambah malu lagi bila ada pula kawan perempuan yang nampak

tiap kali nampak muka aku gerenti gelak.

betul tak mira?? haish~  

I am so ashamed 

Story of Farah told by Bella stolen by Hafiy

kebetulan hari ini aku terdengar cerita dari Bella, merupakan classmate saya di Universiti
ceritanya pasal kawan kami seorang lain bernama Farah.

cerita beliau mampu buat saya ketawa dalam diam. macam ini ceritanya :


tak salah. bella mungkin sedang memandu kereta atau menunggang motorsikal dengan membawa farah sebagai penumpang ataupun pembonceng


tiba-tiba,


"AAAARRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!"


farah menjerit, 


terkejut si Bella, lantas bertanya dengan risau dan keliru


"KENAPA FARAH?!!"


kemudian farah menoleh ke sesuatu arah dan berkata,




"Ada lembu~~"




saya pasti Bella sidikit angin semasa itu. Dengan nada sinis beliau balas


"A'ah! Cantik Lembu tuh"

Perubahan itu elok

Sesetengah mengatakan perubahan itu pekara yang baik sebenarnya
mungkin pekara itu benar. 

ada satu situasi dalam kehidupan aku yang dapat membuktikan hal ini

setelah berjauhan aku dapati kawan aku itu tampak lebih rajin, lebih rajin ke kelas, tidak lagi ponteng dan sebagainya.
jadi ini membuktikan perubahan tertentu boleh membawa kebaikan

tambahan pula, ini membuktikan aku adalah pengaruh yang buruk terhadap beliau.
kerana semasa dengan aku beliau sedikit malas, tetapi setelah berjauhan beliau makin bagus

dengan kata lain perlu terus begini la.

Tuesday, December 6, 2011

Sungguh! Aku Jujur


Bak kata cik misteri 505 yang rajin mengunjungi blog in (terima kasih sangat-sangat) :

dia beritahu saya ada banyak kawan yang baik di sekeliling,

alhamdulillah itu memang benar,

malangnya kawan-kawan yang baik mengelilingi saya itu menpunyai kawan yang sangat teruk 

ya saya mengata diri sendiri, saya jujur mengatakan saya memang kawan yang teruk






sekian. jauhi la diri ini 

Monday, December 5, 2011

Just Mengalah

I went through a lot in my past
I lost so many things I hold dear once
and because of that, today doesn't feel as bad


so I prefer taking the backseat and step down from the stage.
"biar la aku mengalah, tak apa, what else I got to lose kan? I lost so much already"
memang itu sahaja yang bermain dalam fikiran aku.


ah campur-campur pula bahasa aku ini,buruk benar perangai, maklum lah tidak bijak grammar dalam bahasa Inggeris dan juga tidak tinggi ilmu tatabahasa Bahasa Melayu
therefor, today we do some rojak-ing. 


back to our main point, 
bedasarkan apa aku sudah lalui sebelum ini, aku rasa it made me care less
I became the person who prefer being alone
jadi lone ranger la katakan.




jadi biar lah aku mengalah, ambil lah semua yang ada.
tinggalkan la kekosongan pada aku. aku tidak kisah.
barangkali aku sudahpun hilang hati sendiri.

sigh~~



The unresolved problems within. haish!