Home


Wednesday, September 7, 2011

Lama Ditinggal

Assalamualaikum,

lama sungguh tak kemas kini blog ini
minta maaf kerana sunyi menyepi
maklum lah rumah tidak ada kemudahan internet
tambahan pula memang sengaja tidak mahu kemas kini blog : kenapa?
haha. entah la. mungkin sebab banyak sangat yang berlaku dalam tempoh empat bulan.


hari ini masuk hari kesepuluh pemergian arwah nenek
ya. nenek saya telah meninggal dunia baru-baru ini
kalau nak ikutkan berat hati nak menceritakan
malas juga mahu menulis tentang kisah ini

tapi ini sebagai 'tribute' buat arwah
dan bagi sesiapa yang mengunjungi blog saya ini harap dapat mendoakan arwah serta sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah nenek : Tukejah binti Ngaesah




tarikh pemergian nenek jatuh pada 28 ogos ; kebetulan itu merupakan tarikh lahir insan yang saya sangat sayangi dan hargai


buat nenek : meskipun nenek tidak dapat melihat blog ini atau mendengar suara Bafiy, Bafiy doakan roh nenek sentiasa dirahmati oleh Allah dan moga-moga terselamat dari azab kubur, tidak lama lagi giliran Bafiy akan menyusul pula.

No comments: