Home


Monday, September 12, 2011

Laaaaahhhh!!

Ini merupakan cerita dari seorang rakan yang baik hati berkongsi pengalaman beliau ;

kali ini cerita dalam bahasa melayu pula ya?


cerita beliau bermula macam ini, sewaktu cuti habis semester Universiti selama empat bulan
beliau telah mengambil kesempatan untuk menambahkan duit poket dengan melakukan kerja sementara atau kerja sambilan
(saya percaya beliau kerja bersama dengan bapa beliau, mungkin itu apa yang saya andaikan)

pada suatu hari selepas selesai kerja, beliau mahu pulang ke rumah
dan saya percaya beliau pulang dengan menunggang motor berjenama EX5 beliau

untuk di teruskan cerita pada hari itu ada lah polis lakukan sekatan jalan raya
atau bahasa biasa 'road block'
dan kawan saya ini di tahan oleh seorang polis yang agak kelihatan bengis dan serius

" eh berhenti berhenti!! " jerit si polis

kawan ini akur atas arahan tuan polis dan terus berhenti untuk di periksa

" bawa keluar passport dengan lesen!! " arah tuan polis

ya! beliau minta passport. kawan saya itu sudah keliru pada masa itu akan tetapi menyeluk seluar dan membawa keluar dompet. 
lantas beliau keluarkan kad pengenalan orang bumiputra Malaysia yang bewarna biru yang kita semua sekian maklum

" lahh! orang sini ke? bukan orang pakistan ke? " ujar polis malu

polis dapat lihat serba sedikit isi dompet kawan saya ini dan ternampak kad pelajar beliau lalu berkata lagi 

" itu bukan kad antarabangsa kamu ke? "


sesungguhnya rakan saya ini sememangnya warga Malaysia sejak lahir
akan tetapi kelihatan agak berbeza dari melayu biasa mungkin kerana ketinggian beliau dan warna kulit yang cerah


cerita ini datang dari insan bernama Syafiq Mustafa . terima kasih saya ucapkan pada beliau.

No comments: