Home


Monday, May 23, 2011

To a unliked place

Hakikat : 
aku memang tidak suka hospital, doktor dan ubat
barangkali ini kerana aku tidak gemar dan tidak pandai telan ubat berbentuk pill dan kapsul
yer! aku tidak pandai makan ubat walaupun sudah besar panjang, apa aku kisah?!
selain itu aku menanggap hospital adalah tempat yang penuh dengan kesuraman dan kesedihan
melainkan mungkin bahagian dimana mereka menyambut kelahiran insan baharu kedunia


berbalik pada hakikat yang aku tidak suka kunjung ke hospital
meskipun hospital merupakan tempat yang aku tidak suka kunjungi tetapi belakangan ini itu adalah tempat yang sering aku kunjungi
apalah nasib 




maklumat tambahan : 
aku juga tidak gemar ke kenduri kahwin
satu-satunya benda yang aku gemar pasal kahwin adalah makanan yang dihidangkan-beraneka macam!
aku tidak kisah ke kenduri kahwin sebenarnya : cuma aku tidak suka kalau tiada teman dan aku tidak kenal siapa yang duduk atas pelamin itu!
jangan risau kalau kenduri orang yang aku kenal, aku akan datang!

No comments: