Home


Wednesday, May 25, 2011

kasih kakak, ketabahan adik

oh! aku lupa ingin menceritakan satu kisah aku lihat semasa di hospital
perihal seorang budak lelaki dan kakaknya
(harap maklum, mereka berdua masih budak kecil-lingkuan 9 bagi si kakak dan 6 bagi si adik lelaki)

Aku sedang bediri di suatu sudut
sibuk menelaah telefon bimbit aku yang makin jahanam
walau tiada pesanan atau orang yang menelefo aku sibuk juga meyentuh skrin telefon tidak tentu pasal


kemudian entah dari mana sudut muncul kumpulan kecil kanak-kanak
dalam 4 orang begitu- riang main kejar-kejar
kemudian seorang budak lelaki paling tua ujar kepada kanak-kanak lain
ajak berlumba katanya, dan kanak-kanak lain lantas bersetuju
setiap satu yakin mereka lebih hebat dari yang lain
kemudian mereka duduk dalam posisi sedia seperti pelari dewasa yang hebat


dalam kiraan..1...2.....3!


lantas memecut 4 orang kanak-kanak itu, 
dua yang lebih dewasa pantas memecut meninggalkan si adik dan si kakak
si kakak tinggal jauh di belakang di ikuti si adik di belakang
tiba-tiba, kedebub!
jatuh si adik, aku lantas ke si adik kecil ingin bantu dia bangun semula
tapi dia enggan, dan bangun sendiri dan berjalan perlahan ke suatu penjuru lain
si adik menyandar ke dinding sambil memegang siku
mula-mula tabah, lama-lama riak muka betukar sedih seperti mahu menangis
tapi di tahan supaya tiada setitik air mata jatuh


tabah sungguh budak ini. tinggi juga ego nya bagi seorang kanak.
apa salah menangis kalau budak bukan?
kemudian kakak menyusul, peluk si adik dan pujuk agar tidak lagi bersedih
dengan badan besar sedikit sahaja dari adiknya, dia cuba mendukung adiknya kepangkuan ibu
aku lihat susah untuk si kakak angkat si adik tetapi tetap tekad ingin memujuk adiknya


sayang sungguh kakak pada si adik
lagi dua budak yang lain entah kemana hilang-jangan tanya aku
aku hanya nampak mereka berdua sahaja

No comments: