Home


Wednesday, May 25, 2011

Gaji itu Salary

Hari ini, pagi-pagi sebelum abah ke tempat kerja
abah pesan suruh aku buat sedikit gardening
(kutip daun-daun yang sudah gugur dan kayu kering yang telah rebah ke tanah sahaja)


kemudian dia beri aku tiga keping kertas
whoa! buat kerja 'gardening' dapat RM150!
gaji lumayan itu!
kalau macam ini setiap hari aku mahu bantu abah kutip daun kering belakang laman!!






selepas hulur duit,sebelum ke kerja, abah beritahu aku ;
guna duit itu untuk beli keperluan hari ini, kalau nak beli makan ke, beli beras ke, bagi duit belanja adik ke..
ceit! hampeh!


last-last bukan gaji daa..
cepat sangat aku buat konklusi
tapi paling penting dapat pegang duit
hee hee :DD

No comments: