Home


Saturday, December 18, 2010

Prosperity

Baru-baru ini semasa sedang menjamu selera diluar
sambil aku melantak nasi goreng kampung berserta dengan udang goreng tepung,
aku tertarik dengan iklan yang terpapar di kaca televisyen
iklan McDonald, mereka ingin pamerkan burger mereka yang sering dikeluarkan semasa tahun baru menghampiri


PROSPERITY BURGER


iklan tersebut menanyakan penonton dimanakah 'prosperity' mereka
bagi sesetengah pada pakaian mereka, ada pada keluarga mereka, ada juga dirumah
setiap orang mempunyai prosperity mereka sendiri
tetapi bagi pihak McDonalds semestinya prosperity itu terletak pada burger mereka bukan?


sejurus menonton iklan tersebut 
aku pun tertanya-tanya, di manakah prosperity aku
di mana jua prosperity dalam hidup kamu semua ya?