Home


Saturday, May 15, 2010

cerita dahulu berakhir dengan noktah

Tarikh: 14 APRIL 2010
Masa: antara jam 2 hingga 6 petang

hari yang sama ini merupakan hari terakhir kami di suatu tempat
di mana kami raih memori sepanjang satu tahun bersama
bina kenangan manis dan jua kenangan pahit semasa kami rempuh masa yang diberikan
dalam masa itu memang banyak masalah yang aku timbulkan bagi ramai pihak
terutama bagi yang terdekat dengan aku
aku belajar untuk mengenali diri dalam perjalanan satu tahun ini

aku ingat pertama aku mula mengenali semua orang disana
ada yang aku jumpa semasa dalam perjalanan ke kelas, ada semasa di kafe, ada jua semasa belajar dan masa bersantai
tapi yang paling jelas aku ingati ialah semasa pertama kali aku menegur seorang sahabat ini
dia keseorangan masa itu jadi aku panggil budak tu duduk sebelah aku
(dia duduk jarak satu kerusi dari aku, dan kelihatan agak terpingga-pingga)
nampak sangat dia masih belum jumpa dan mendekati orang lain
di situ kami mula berkawan

tapi singkat sahaja kami berkawan,
banyak benda menimpa, banyak dugaan di uji atas kami,
tapi ternyata aku la penyebab utama dia menjauhkan diri
ternyata aku menjengkelkan,

tarikh 14 april 2010
hari terakhir kami

"penting ke ko tahu?'

merupakan SMS terakhir aku terima dari dia

hubungan kami tamat disitu.


3 comments:

af3b_p!LaH said...

spe??
nk tau...
hehe..

Anonymous said...

huhuhu

Hafiy Halim said...

tidak baek untuk aku aibkan sesiapa
hahaha
ok afeb?