Home


Monday, May 24, 2010

Alami Sendiri

pada suatu ketika(tidak teringat bila)
sedang aku lepak dengan kawan aku,
kami sembangkan banyak pekara
tiba-tiba dia beritahu aku

"kita kalau kawan kena berpada-pada, jangan terlalu rapat sangat"
"biasa-biasa sudah la"

aku memang setuju dengan dia tetapi aku tidak katakan pada dia
aku jawab lain

aku kata
"tapi bukan ke ada pepatah cakap,
kawan biar beribu, musuh jangan dicari"
aku berkata sambil tersenyum

kemudian dia balas kembali

"kau tak paham hafiy, kau tak pernah alami lagi, satu hari nanti mungkin kau paham macam mana erti kehilangan dan erti sebenar dalam persahabatan"

aku senyum lagi,
kemudian beredar

dia kata aku tidak paham
mungkin dia tidak pernah tahu apa aku alami

2 comments:

Encik Cerahsebelah said...

relek ah. ehehe

Hafiy Halim said...

hahahaha
aku mmg relek jeer

sebab tu aku senyum
:)