Home


Monday, January 11, 2010

PAGI-PAGI BUTA

OK mcm nie la parjalanan dari malam semalam.

2.30 a.m:
Masuk tidur selepas selesai ber facebook

3.20 a.m:
terjaga dari tidur dek ter dengar bunyi "ka ting!"
(yakni tanda ada mesej masuk ke telefon bimbit nokia aku)
mesej terpapar nama, ic dan no giliran.
dan pada akhir mesej ada satu angka.
4
MUET aku dapat band 4.
alhamdulillah, besyukur
(sebenarnye aku target 5 tp tersasar)

sekitar 3.25 a.m:
kembali tdur dengan harapan mimpi indah
(bukan wet dream!)

5.00a.m:
terdengar bunyi pintu dibuka.
kendian ada suara,
"hafiy bangun nanti subuh"
owh! suara ibu tercinta.

sekitar 6.00am:
Sudah bersiap nak hantar ibu pergi stesen LRT.
SEJUK sangat bila bawak motor pagi-pagi.

7.00 a.m:
kene hantar adik lelaki pula kesekolah.
darjah dua: hyqal pula.
sepatut nye van sekolah datang amik.
atas sedikit kesulitan aku la kene hantar dia.
(mungkin pemandu van tue sakit perut atau sakit sebab AJL semlm)

8.09a.m:
kena hantar adik kecil pula.
tadika: aisya pula
kelas nyer mula pukul 8 tapi budak tu buleh pulak lepak.
nasib baik tadika.
belum pernah ke tadika dia sebelum nie.
so terpaksa ingat 'directory' yang abah lakar kan kat kepala aku semalam.
Akhir cerita, jumpa tadika tesebut.
(taniah! tidak sesat!)

sekitar 8.30 a.m:

aku duduk depan monitor sambil bercerita.


NOTE*
Ini la kerja aku bila abah 'outstation';
driver.
kalau tidak, aku tak bangun awal-awal.
pukul 10 baru aku bangun.

2 comments:

Encik Cerahsebelah said...

dude, jadi driver best apa. bersyukur kau boleh memandu kereta dan ada lesen. tengok aku ni. tak reti dan tak ada lesen. hampeh.

Hafiy Halim said...

owh! mungkin salah taip kot..
aku anta adik aku naek moto ja!
hahahaha