Home


Saturday, January 23, 2010

CERITA TIKUS

Malang bagi tikus yang telah cuba 'break in' ke rumah aku.

AMARAN:
JIKA  ANDA SAYANG AKAN TIKUS ATAU RODENT, BERHENTI AKAN MEMBACA BLOG INI!!
ANDA SUDAH DI MAKLUMKAN!


Kisah bermula nak dekat matahari tegak atas kepala tapi belum sampai lagi tahap itu,
so dalam pukul 11 jugak la...

sedang aku menuju ke peti sejuk untuk meneguk sedikit air dari sarapan yang penuh khasiat(nasi goreng??)
baru je tangan capai pintu peti sejuk, tiba-tiba mata tertangkap kelibat object bergerak pantas dan lincah ke bawah peti sejuk itu.

"dah sah tikus ini!! tak kan kucing kot.. tidak masuk akal kucing boleh masuk bawah benda alah ni!"
kata hati aku(monolog ar)

aku masuk bilik abah, carik aerosol la konon.

"carik apa, fiy??" abah sapa aku

"cari spray, ada tikus bawah fridge" aku jawab dengan penuh hormat

"alah, spray ada dekat-dekat peti ais jugak la" abah berikan jawapan

"ye eh?? hahahaha" ternyata sudah lama sangat aku duduk asrama( sejak tingkatan 1 lagi)

kami(aku dengan abah la) pown masuk ruang dapur menuju ke peti sejuk.
abah buka penghadang bawah peti ais
aku pown jenguk intai kat bawah
ternyata tikus! memang ada lagi menyorok di bawah..

"kau dah salah pilih tempat la tikus!!" bisik aku dalam hati.kejam ya bunyi

aku pown dengan cepat ambil aerosol dah sembur bawah peti sejuk
dah macam fogging pulak..
lepas 10 saat tikus tu pown lintang pukang lari keluar
(da pening-penig lalat la tue)
lari terus menuju abah,

abah dengan berpegang kan penhadang peti sejuk yang panjang,
dengan posisi seperti orang hendak memukul bola golf,
sekuat hati pukul tikus tersebut melayang!

malang nye tikus tu melayang menuju aku..
masuk celah kaki aku yang pada mase itu sedang duduk
kena seluar
(aish! dah kotor seluar tak boleh bawak sembahyang nie)
Memang la tak boleh buat sembahyang...
sebab pukulan abah ternyata DASYHAT..
tikus tu abis berdarah..
terus jadi arwah


itu lah nasib tikus tersebut..
sebelum nie ada lagi..
ada sekali nie ada 3 ekor anak tikus..
abah amik penyapu terus hentam binatang tu tanpa belas!
hahahaha...

sebab tu aku cakap..
tikus yang ke rumah aku sudah salah buat pilihan


Thursday, January 21, 2010

BILA KEINGINAN

Ada la hari tue,
aku ke peti ais mahu kan air sejuk.
Ternampak pula satu ads(kertas iklan) pasal makanan.
ternyata aku lapar waktu itu.
kertas ads DOMINO'S PIZZA.
meleleh air liur, kemuncak pula nafsu makan aku.

"mcm mana nak suruh bapa ku yang disayangi yang sedang berada disurau utk belanja aku makan benda ni?"
monolog aku dalam hati.

masuk ke bilik belajar untuk memikirkan startegi.
ternampak pulak calendar cederamata DOMINO'S.
muncul lah idea mengarut;

"apa kata kalau aku letak benda nie depan pintu sebelum abah balik,
kalau dia nampak, dia paham la tu! hehe..." aku bermonolog.

sambil memegang calendar di tangan
aku turun kebawah.

KETAK! (bunyi pintu dibuka)

alamak! dan-dan je abah balik
(macam tau-tau je niat jahat aku)
Aku pun buat-buat slamber cool.

"macam mana ni?? perut da buat mogok sudah!" monolog lagi!

Aku pun pergi kebilik ikut abah..
kemudian aku pun berterus terang kepada abah akan keinginan aku.
"Eh??" abah jawab.
KECEWA hati kecil aku.

lepas 30minit..
loceng berbunyi ditekan orang.
aku keluar nak tengok..

"eh! domino's!!"
tersenyum simpul aku,
hasrat tercapai

ternyata lebih baik cakap direct dari hendak berbunga-bunga pula.

malam itu memang puas aku kerjakan seberapa banyak kepingan pizza tersebut!

Monday, January 11, 2010

PAGI-PAGI BUTA

OK mcm nie la parjalanan dari malam semalam.

2.30 a.m:
Masuk tidur selepas selesai ber facebook

3.20 a.m:
terjaga dari tidur dek ter dengar bunyi "ka ting!"
(yakni tanda ada mesej masuk ke telefon bimbit nokia aku)
mesej terpapar nama, ic dan no giliran.
dan pada akhir mesej ada satu angka.
4
MUET aku dapat band 4.
alhamdulillah, besyukur
(sebenarnye aku target 5 tp tersasar)

sekitar 3.25 a.m:
kembali tdur dengan harapan mimpi indah
(bukan wet dream!)

5.00a.m:
terdengar bunyi pintu dibuka.
kendian ada suara,
"hafiy bangun nanti subuh"
owh! suara ibu tercinta.

sekitar 6.00am:
Sudah bersiap nak hantar ibu pergi stesen LRT.
SEJUK sangat bila bawak motor pagi-pagi.

7.00 a.m:
kene hantar adik lelaki pula kesekolah.
darjah dua: hyqal pula.
sepatut nye van sekolah datang amik.
atas sedikit kesulitan aku la kene hantar dia.
(mungkin pemandu van tue sakit perut atau sakit sebab AJL semlm)

8.09a.m:
kena hantar adik kecil pula.
tadika: aisya pula
kelas nyer mula pukul 8 tapi budak tu buleh pulak lepak.
nasib baik tadika.
belum pernah ke tadika dia sebelum nie.
so terpaksa ingat 'directory' yang abah lakar kan kat kepala aku semalam.
Akhir cerita, jumpa tadika tesebut.
(taniah! tidak sesat!)

sekitar 8.30 a.m:

aku duduk depan monitor sambil bercerita.


NOTE*
Ini la kerja aku bila abah 'outstation';
driver.
kalau tidak, aku tak bangun awal-awal.
pukul 10 baru aku bangun.

Sunday, January 10, 2010

Belum tegar

Aku nie blum boleh di gelar blogger tegar
sbb belum banyak mengarut lagi dalam blog ku nie
hehehe
In order nak jadi yg tegar kena la banyak kan ber blog kan
malang nye masa lak tidak ada
jadi journal aku je la yang penuh.
sbb setiap hari aku update apa jadi.
senang sgt sbb journal itu adalah phone aku.
hahahaha.

lepas nie objektif adalah untuk blog!

Saturday, January 9, 2010

KEJADAH

Lama kebeno x update blog nie.
Da x menentu da.
nak cerita apa pun sudah tidak ketahuan.

periksa UPS arie tue memang macam gampang.
Cikgu kimia aku lak dengan suke nye nak semak jawapan.
tension di buat nye.
makin semak makin byk salah.
so tekanan pown directly propotional dengan semakan tersebut.
hampeh!
strict sungguh penandaan kertas kali nie.

apkah yang akan terpapar pada keputusan UPS2 kali nie??